AKTIVITI PIBG SMKTPR 2016
Aktiviti Akademik
- Menyelaras kutipan bayaran kecemerlangan PT 3 dan SPM 2016.
- Menampung kos Kem Bina Semangat Pelajar Tingkatan 5, 2016.
- Bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan Majlis Temu Murni Guru- Ibubapa / Runding Cara Guru- Ibu bapa dengan pelajar PT3, SPM dan STPM 2016.
- Mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar yang cemerlang PT3, SPM dan STPM 2016.
Aktiviti Keagamaan dan Kerohanian
- Bekerjasama dengan pihak sekolah mengadakan Solat Hajat dan Majlis Izin Ilmu memohon keberkatan untuk pelajar PT3, SPM dan STPM 2016.
- Ceramah awal Ramadhan , Maulidur rasul, Maal Hijraj dan Israk dan Mikraj 2016.
- Menyumbang untuk Kem Kepimpinan Pelajar dan Program Motivasi Pelajar.
- Bekerjasama dengan Kelab Kakitangan Panglima Raja mengadakan sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 dan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2016.
Aktiviti Kebajikan
- Memberi bantuan kepada pelajar miskin anak yatim
- Bekerjasama dengan Unit Kebajikan SMKTPR memperuntukkan sumbangan kewangan untuk membiayai yuran pelajar miskin.
Aktiviti Ko-Kurikulum
- Memberi insentif kepada pelajar dan pasukan yang memperolehi Johan atau Pingat Emas peringkat PPD iaitu RM 50(Perseorangan) dan RM100 (Berpasukan).
- Menyumbang kepada pelaksanaan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah 2016
Aktiviti –aktiviti Lain
- Kerjasama dengan pihak sekolah mengadakan Gotong- Royong Perdana untuk kebersihan dan keceriaan sekolah.
- Bekerjasama dengan Kelab kakitangan Panglima Raja mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016.
- Mengurus garaj kereta berbumbung guru. Sumbangan sewa garaj akan dimasukkan ke tabung PIBG.
- Membaik pulih dan menyelenggara kemudahan masjid sekolah.
- Membaik pulih bilik darjh menjadi auditorium pra-u
- Memasang bidai pengadang cahaya di Dewan Sri Panglima SMKTPR.