PENDAHULUAN:
PIBG yang ditubuhkan di sekolah seharusnya berfungsi sebagai satu 'Majlis' bukan satu 'Pertubuhan' yang terasing di sekolah. Kalaupun disebut sebagai 'Persatuan' hanyalah sebagai satu 'Kumpulan Seminat' sahaja. Maksudnya kumpulan orang yang prihatin kepada masalah pendidikan. Mereka terdiri daripada ibu bapa dan guru.
PIBG sepatutnya dijadikan sebagai satu 'Medan' mengadakan 'Forum' untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta berunding (musyawarah) dalam suasana muhibbah bagi menyelesaikan masalah sekolah supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah.
Konsep PIBG membantu sekolah ini bermatlamat meringankan dan melicinkan perlaksanaan Program Pendidikan Sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan budaya sekolah termasuk pembangunan infrastruktur (Prasarana fizikal).
PIBG tidak boleh campurtangan dalam urusan pengelolaan dan pentadbiran sekolah. Ini kerana seseorang Pengetua atau Guru Besar sebagai Pengurus Sekolah telah dipertanggongjawabkan dengan Perintah-Perintah Am (General Order) mengenai arahan pentadbiran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk dilaksanakan.
Justeru kerana itu PIBG mesti mengetahui dan memainkan peranan mengikut bidang tugas yang sewajarnya agar tidak menyeleweng dari fungsi sebenar penubuhan PIBG.
2. PROSES PENDIDIKAN DI SEKOLAH:
Pendidikan ia lah proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, nilai murni dan kemahiran-kemahiran. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang sejak dari 'janin' hingga ke akhir hayat.
Proses pendidikan secara berterusan ini terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak, bertanggongjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".
Matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat dan warganegara yang baik. Pada amnya insan yang baik ia lah insan yang memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu. Ia memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:-
a. Percaya dan patuh kepada Tuhan.
b. Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional.
c. Berakhlak mulia.
d. Berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara.
e. Setia kepada negara dan bertanggongjawab untuk menjaga hubungan yang baik dan
mesra antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.
Bagi mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut maka perlu ada penglibatan semua pihak dalam proses pendidikan. Sehubungan dengan itu PIBG mempunyai ruang dan tanggongjawab yang boleh dimainkan peranan ke arah melahirkan insan yang baik dengan kerjasama pihak Pengurusan Sekolah.
3. BIDANG TUGAS PIBG:
Bidang tugas PIBG sepatutnya merangkumi perkara-perkara berikut:-
a. Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.
b. Membantu menambah usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak kebendaan murid-murid dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, budaya sekolah dan bidang yang difikir perlu.
c. Ibu bapa dan guru di sekolah boleh bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta berunding dalam suasana muhibbah mengenai usaha meningkatkan taraf pelajaran murid-murid sama ada di rumah atau di sekolah.
d. Bergotong-royong menyediakan kemudahan untuk faedah murid-murid.
e. Menentukan murid-murid mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan membuat kerja-kerja sekolah mereka dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah.
f. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah (budaya sekolah) yang boleh mendorong ke arah perkembangan pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmani rohani, emosi dan intelek murid secara menyeluruh dan bersepadu.
g. Membantu pembangunan fizikal (infrstruktur) sekolah yang diperlukan dengan serta-merta.
4. KEKANGAN DAN HALANGAN:
a. Ibu bapa:

- Kebanyakan ibu bapa mempunyai tahap pelajaran yang rendah dan terlalu sibuk dengan tugas mencari nafkah.
- Ibu bapa meletak tanggongjawab mendidik anak-anak mereka 100% kepada guru.
- Ibu bapa kurang memberi keutamaan kepada masalah persekolahan dan pendidikan anak-anak mereka.
- Ibu bapa tidak mahu hadir ke sekolah berjumpa dan berbincang dengan guru atau berunding dengan guru berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.
- Ibu bapa beranggapan menghadiri upacara rasmi sekolah sebagai perkara membuang masa.
- Kebanyakan ibu bapa berasa rendah diri dan beranggapan mereka tidak setaraf dengan guru.
- Kebanyakan ibu bapa bekerja sendiri dan pendapatan di bawah paras kemiskinan serta pendapatan tidak tetap.
b. GURU:
- Ada sebilangan guru tidak mengajar bersungguh-sungguh dan beranggapan mereka bekerja semata-mata makan gaji.
- Guru tidak berusaha menjalin hubungan dan pergaulan dengan ibu bapa.
- Kerapkali salahlaku murid tidak dimaklum kepada ibu bapa terlebih dahulu.
- Guru kurang mengadakan kelas bimbingan, kelas pemulihan dan kelas tambahan.
- Guru kurang menggunakan ABM dan ABB semasa mengajar.
- Kurang latihan pengukuhan diberi kepada murid.
- ABM dan BBM tidak mencukupi dan tidak releven.
- Pengajaran guru kurang terancang.
- Guru terpaksa mengajar bilangan murid yang ramai di kelas.
- Guru kurang membuat ujian dan penilaian.
- Perhubungan guru dengan murid kurang mesra.
c. MURID-MURID:
- Murid-Murid tinggal jauh dari sekolah.
- Murid-murid terpaksa berjalan ke sekolah.
- Murid-murid tidak ada kemudahan belajar di rumah.
- Murid-murid tidak mempunyai perbelanjaan wang saku yang mencukupi ke sekolah.
- Murid mempunyai masa belajar yang kurang di rumah.
- Murid-murid tidak belajar di rumah.
- Murid-murid tidak peduli dengan kerja rumah yang diberi oleh guru dan tidak buat kerja rumah.
- Murid-murid tidak mempunyai bahan bacaan di rumah.
- Murid-murid kurang menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
- Murid-murid kurang menggunakan kemudahan perpustakaan.
5. PENYELESAIAN MASALAH:
a. IBU BAPA:
- Pihak pengurusan Sekolah dengan kerjasama PIBG perlu mengatur rancangan dan aktiviti untuk menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa tanggongjawab mendidik anak-anak mereka bukan seharusnya diletakkan 100% kepada guru-guru di sekolah.
- PIBG perlu mengadakan aktiviti ke arah membantu ibu bapa dan masyarakat memperolehi ilmu dan kemahiran serta membina sikap yang positif dan sesuai. Aktiviti itu hendaklah berkaitan dengan perkembangan menyeluruh dan bersepadu anak-anak mereka dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek.
- Di samping itu kesedaran haruslah dipupuk di kalangan ibu bapa bahawa tanggongjawab memberi pendidikan yang sebenarnya (hakiki) bermula di rumah dan dikembangkan di sekolah oleh guru-guru sama ada di bilik darjah atau di luar bilik darjah melalui aktiviti ko-kurikulum sekolah. Kemudian murid itu sendiri mengamalkan dan menghayati segala ilmu yang diperolehi itu dalam kehidupan sehari-harian.
b. GURU:
Guru -guru hendaklah sedar bahawa tugas utama mereka bukan hanya semata-mata menyampai ilmu kepada murid-murid dibilik darjah sahaja tetapi guru mesti memainkan peranan seperti berikut:-
- Guru sebagai perancang, fasilitator dan pengurus pengajaran dan pembelajaran.
- Guru sebagai pengembang dan pengukuh penguasaan kemahiran.
- Guru sebagai pembentuk akhlak.
- Guru sebagai contoh teladan (Role Model).
- Guru sebagai agen perubahan Masyarakat.
6. KESIMPULAN:
Dalam melaksanakan tanggongjawab dan amanah memajukan pendidikan adalah diharapkan pihak guru dan AJK PIBG dapat menghayati konsep etika kerja yang selaras dengan nilai-nilai murni Islam.
Di antara etika kerja mengikut nilai-nilai Islam ia lah:-
- Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
- Bekerja denga ikhlas dan amanah.
- Bekerja dengan tekun dan cekap.
- Bekerja dengan semangat gotong-royong dan musyawarah serta berpandukan fikiran yang bersih.
- Bekerja dengan matlamat untuk kebahgiaan manusia sejagat di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Zariat: 56.
Maksudnya "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku".
KSIB / eSARANA
DEFINISI:Kumpulan Sokongan Ibu
Bapa (KISB) ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan
hubungan antara ibu, bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak
interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat beraku demi mewujudkan
hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.
DEFINISI SARANA:
Segala sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
DEFINISI IBUBAPA:
Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat pula secara aktif dengan pendidikannya.
DEFINISI SARANA IBUBAPA:
Sesuatu alat untuk digunakan oleh ibubapa bagi membangunkan, memantap dan memperkasa penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak.
DEFINISI SARANA SEKOLAH:
Alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibubapa dan komuniti bagi tujuan menggalakkan penglibatan ibubapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajarana murid.

Tujuan Sarana
Sekolah
• Mewujudkan SISTEM PEMBELAJARAN dengan memberi penekanan kepada enam (6) elemen yang menyokong pembelajaran
• Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah
• Meningkatkan penglibatan ibu bapa (IB), komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran murid melalui soal selidik penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
• Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG merancang aktiviti atau program sekolah yang boleh melibatkan pihak-pihak yang berkenaan secara aktif dan berkesan
• Membantu pihak sekolah menjadikan sekolah sebagai sekolah berkesan dengan penglibatan aktif pihak yang berkaitan
Sistem Pembelajan
• Pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti
• Sekolah mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti
Kerjasama sekolah dengan ibu bapa:
▪ Mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid
▪ Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid
▪ Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka
Kerjasama sekolah dengan komuniti:
▪ Mendapat kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat
▪ Menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut
6 elemen yang menyokong pembelajaran yang menjurus kepada SISTEM PEMBELAJARAN:
• Iklim Sekolah
• Komunikasi Berkesan
• Sokongan Terhadap Kejayaan Murid
• Tanggungjawab Bersama
• Keputusan Bersama
• Kerjasama Dengan Komuniti
Iklim sekolah
Iklim sekolah menggambarkan aspek fizikal dan psikologikal sekolah yang menjadi prasyarat untuk pembelajaran dan pengajaran
i. Aspek Fizikal :
Keadaan fizikal sekolah mengalu-alukan murid dan guru untuk ke sekolah dan kondusif untuk pembelajaran
Ciri-ciri:
• Keselamatan dan keselesaan murid diutamakan
• Kawasan sekolah dan tandas bersih
• Bilik darjah menarik dan teratur
• Peralatan yang disediakan selamat untuk digunakan
• Papan penunjuk arah disediakan untuk memudahkan pergerakan dalam kawasan sekolah
ii. Aspek Sosial :
Sekolah menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid dan guru, guru dan ibu bapa / penjaga, pihak sekolah dan komuniti
Ciri-ciri:
• Murid berinteraksi secara aktif dengan guru
• Suasana sekolah tidak hingar-bingar
• Murid digalakkan memberi cadangan dan pendapat
• Keputusan dibuat dengan mengambil kira pendapat semua pihak yang berkenaan
• Staf dan murid dilatih untuk menyelesaikan masalah
• Staf sekolah berinteraksi dengan ibu bapa , ahli komuniti dan lain-lain tetamu sekolah dengan mesra dan sopan
• Murid dilatih menghormati semua individu yang lebih tua daripada mereka
iii. Aspek Emosi :
Sekolah menggalakkan semangat kekitaan dan harga diri
Ciri-ciri:
• Murid bangga berada di sekolah
• Murid merasa diri mereka sebahagian daripada sekolah
• Murid, guru dan kakitangan merasa mereka penting dalam menentukan kejayaan sekolah
• Murid berkeyakinan terhadap staf sekolah
• Murid dan staf dihormati
• Pencapaian murid diiktiraf dan diraikan
• Ibu bapa merasakan sekolah tempat yang menarik dan mesra
• Guru bersemangat untuk membantu murid berjaya
iv. Aspek Akademik :
Sekolah menggalakkan pembelajaran dan pencapaian kendiri
Ciri-ciri :
• Guru merancang pembelajaran dengan mengambil kira murid mempunyai kecerdasan pelbagai
• Harapan terhadap murid tinggi. Semua murid diberi galakan dan bantuan untuk mencapai harapan tersebut
• Guru mempunyai pengetahuan dan keyakinan yang tinggi
• Kemajuan murid kerap dipantau
• Pencapaian dan kejayaan murid dihargai
• Pencapaian murid dalam pentaksiran disampaikan kepada ibu bapa dengan segera
KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi berkesan meliputi perkongsian maklumat secara dua hala dengan :Murid, Guru dan Kumpulan Sokongan, Ibu bapa/Penjaga dan Ahli komuniti
Ciri-ciri :
• Penerangan yang jelas
• Berkomunikasi dengan ayat pendek dan jelas
• Berkomunikasi dengan nada biasa
• Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
• Meminta pertolongan dengan baik
• Menggunakan empati (berusaha menyelam perasaan orang lain) tetapi bahasa yang dihormati
Tindakan komunikasi berkesan :
i. Ibu bapa / penjaga:
• Maklum peraturan sekolah
• Maklum mengenai jadual persekolahan anak termasuk jadual untuk aktiviti kokurikulum
• Maklum aktiviti yang disertai anak mereka
• Maklum mengenai visi dan misi sekolah
• Maklum mengenai kerja rumah yang perlu disiapkan oleh anak
• Dianggap rakan kongsi oleh pihak sekolah
ii. Guru dan kakitangan bukan guru:
• Maklum peraturan yang perlu dipatuhi
• Mempunyai kemahiran interpersonal
• Menghormati dan mengalu-alukan pendapat murid dan ibu bapa serta ahli komuniti
iii. Sekolah:
• Mengalu-alukan maklum balas dari ibu bapa dan ahli komuniti
• Kerap berkomunikasi dengan ibu bapa sebagai rakan kongsi melalui buku komunikasi murid, laman web sekolah, buletin, surat siaran dan sebagainya
• Merancang supaya kerja rumah yang diberi
SOKONGAN TERHADAP KEJAYAAN MURID
Ibu bapa, staf sekolah, PIBG/LPS, alumni dan ahli komuniti perlu bekerjasama untuk menyokong pembelajaran murid secara aktif di sekolah dan luar sekolah
• Sekolah membantu murid dalam menetapkan sasaran mereka
• Sekolah membantu murid merancang masa depan dengn mengikuti aliran yang sesuai dengan mereka
• Ibu bapa diminta membantu memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka (SPI Bil. 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca)
• Kejayaan murid dijadikan agenda perbincangan dalam mesyuarat dengan PIBG/LPS/Alumni dan komuniti setempat
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Guru dan ibu bapa saling bantu-membantu dan melengkapi berdasarkan kemahiran dan
pengetahuan masing-masing
Adakah sekolah melibatkan rakan kongsi (ibu bapa / alumni / komuniti) dalam usaha menjayakan murid?
รจ -> Penglibatan aktif ibu bapa dalam pembelajaran anak mempunyai kesan terhadap kejayaan mereka
Contoh :
1. Ibu bapa / penjaga
a. Dilibatkan sama dalam memantau kemajuan anak mereka
b. Diminta memastikan anak mereka mempunya jadual belajar di rumah
c. Dilibatkan sama dalam mengurus program kecemerlangan akademik / kegiatan kokurikulum / latihan untuk pertandingan
d. Dilibatkan bersama-sama mengiringi murid semasa pertandingan dan lawatan (rujuk SPI 12/2000:
Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan)
2. PIBG / LPS / alumni / ahli komuniti dilibatkan
sama dalam menguruskan program
kecemerlangan akademik serta kokurikulum
KEPUTUSAN BERSAMA
Semua pihak terbabit (pemegang taruh) dilibatkan dalam membuat keputusan dan diupayakan
• Pembelajaran seharusnya berlaku di dalam dan di luar sekolah, dengan itu akan berlakulah perubahan daripada Sistem Persekolahan kepada Sistem Pembelajaran
• Dalam usaha memasti perubahan sistem tersebut berlaku, pemegang taruh seperti ibu bapa, PIBG / LPS, Alumni perlu dilibatkan dalam membuat keputusan serta digerakkan dan diupayakan
Keputusan Bersama yang Menyokong Pembelajaran
• Pandangan dan penilaian ibu bapa dihargai.
• Keputusan mengenai cara mengatasi masalah disiplin murid dibuat bersama-sama ibu bapa dan ahli komuniti.
• Majlis permuafakatan digunakan sebagai landasan untuk merancang program kecemerlangan murid dan mengatasi masalah disiplin.
Contoh:
• Pendapat ibu bapa dirujuk dalam menetapkan sasaran pencapaian anak mereka
• PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam menetapkan program motivasi murid
• PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam menetapkan program peningkatan potensi murid
• PIBG/LPS/alumni/komuniti dirujuk dalam usaha meningkatkan peratus kehadiran murid
• PIBG/LPS/alumni/komuniti dirujuk dalam usaha mengurangkan peratus kes disiplin dalam kalangan murid
• PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam menilai program sekolah
• Hubungan sekolah dengan ahli majlis permuafakatan adalah erat
• Sekolah menyediakan peti cadangan untuk mendapat maklum balas ibu bapa
KERJASAMA DENGAN KOMUNITI
Proses menyelesaikan masalah secara bersama melibatkan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan
• Semua pihak mempunyai matlamat yang sama dalam menyelesaikan masalah
• Semua pihak merasa mereka penting dalam menyumbang ke arah kejayaan murid
• Semua pihak berkepentingan selesa bekerjasama antara satu dengan lain
• Semua pihak menghormati antara satu dengan lain
• Kemudahan sekolah dikongsi dengan ahli komuniti
• Warga sekolah melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti komuniti
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
KSIB adalah satu Jawatankuasa yang wujud dalam struktur PIBG sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda
• Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak
• Mewujudkan sokongan berterusan
• Membantu apabila berlaku krisis
• Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah
• Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
• Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain
• Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina
Penubuhan KSIB
1. Pemakluman PIBG kepada ahli-ahli dan edaran soal selidik(Borang B – Saya berminat menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)
2. Edar borang sukarelawan KSIB (bagi ahli komuniti yang tiada anak bersekolah di sekolah tersebut juga menggunakan Borang B – Saya berminat menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)
3. Adakan mesyuarat penubuhan KSIB PIBG. Antara lain:
a. Nyatakan kenapa KSIB ditubuhkan, apa yang hendak dicapai dan apa yang hendak dilakukan bersama.
b. Bentuk beberapa jawatankuasa untuk objektif khusus, contohnya:
i. Silaturrahim
ii. Komunikasi
iii. Pentadbiran
iv. Dana dan kemahiran dsb
4. Adakan mesyuarat lanjutan bagi membentuk pelan tindakan dan rangka kerja
5. Hubungi pihak yang dapat membantu seperti KEMAS, LPPKN, JKOA dan sebagainya dalam usaha mempertingkatkan kemahiran ibu bapa dalam aspek tertentu SUKARELAWAN KSIB